Assalamualaikum w.b.t
InsyaALLAH kita akan merayakan hari raya korban pada 28/10/12 dan bermula hari jumaat sehingga hari tasyriq yang ketiga (hari isnin) kita disunatkan melakukan ibadat korban. Ibadat korban mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Peristiwa Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail adalah bukti ketaatan, ketaqwaan dan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada Allah.
Alhamdulillah, buat julang kalinya PEKEDAS akan melakukan ibadat korban. Program ini akan berlangsung pada 28/10/12 di Kampung sementa. Tujuan program ini adalah untuk mengumpulkan semua saudara muslim disamping mengeratkan silaturahim sesama ahli pekedas.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)
0 comments:
Post a Comment