JavaScript Free Code

Friday 2 November 2012

PROGRAM KORBAN 2012 DI KAMPUNG SEMENTA


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pada 28/10/12  telah berlangsung program Ibadat   korban bertempat di kampung sementa  buat julang kalinya. Program  ini bermula seawal jam 8 pagi. Sejumlah  2 ekor lembu dikorbankan bersama-sama saudara muslim dan  penduduk kampung yang hadir. Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh ketua kampung sementa.   

Aktiviti sembelihan bermula  jam 9.00 pagi dan  proses melapah , mengagih dan  memasak dilakukan secara gotong royong. Disamping mengeratkan hubungan silaturahim diantara  saudara muslim dan  penduduk kampung.

Progarm ini juga  mendapat sambutan  yang mengalakkan dari saudara muslim dan golongan belia  yang sama-sama melaksanakan aktiviti sehingga akhir. 
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang yang terlibat dalam menjayakan  program ini.





    

Lembu sedia untuk dikorbankan

 Gotong royong menguruskan daging korban

Tuesday 16 October 2012

salam aidiladha






Assalamualaikum w.b.t

 InsyaALLAH kita akan merayakan hari raya korban pada 28/10/12 dan bermula hari jumaat sehingga hari tasyriq yang ketiga (hari isnin) kita disunatkan melakukan ibadat korban. Ibadat korban mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Peristiwa Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail adalah bukti ketaatan, ketaqwaan dan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada Allah.

Alhamdulillah, buat julang kalinya PEKEDAS akan melakukan ibadat korban. Program ini akan berlangsung  pada 28/10/12 di Kampung sementa. Tujuan program ini adalah untuk mengumpulkan semua saudara muslim disamping mengeratkan silaturahim  sesama ahli pekedas.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37) 













Monday 8 October 2012

MAKLUMAT LANJUT



Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat- menyurat, sila hubungi :

 1.        Muhamad Rafee Bin Rahman
            Presiden PEKEDAS
            013-2005630

 2.        Muhd Yusuf Marlon Bin Abdullah
            Setiausaha  PEKEDAS
            019-3043907

MOTTO PEKEDAS



 Anak-Anak Saudara Muslim Aset Kecemerlangan Ummah

MISI PEKEDAS



Merencanakan pemikiran anak-anak Saudara Muslim supaya dapat memahami isu yang berlaku serta menerapkan perspektif secara ilmiah dalam kehidupan mereka berlandaskan Islam.

OBJEKTIF PEKEDAS



 Objektif Penubuhan PEKEDAS ialah:




1.       Membincangkan tentang isu metod dan cabaran dakwah dan bagaimana ia dilakukan   serta kesannya kepada ahli keluarga sendiri dan masyarakat.

2.       Membentuk dan melatih anak-anak saudara Muslim yang mempunyai pengetahuan yang  luas terutamanya dalam bidang dakwah Islamiah.

3.       Memberi ruang dan peluang kepada anak-anak Saudara Muslim dalam  mengutarakan   pandangan dan persepsi mereka dalam isu gerakan dakwah Islamiah.

4.      Meningkatkan kesedaran kepada anak-anak Saudara Muslim untuk cakna dalam       rancangan pembangunan Islam dalam konteks negara Malaysia.

MATLAMAT PEKEDAS



Antara Matlamat Utama penubuhan PEKEDAS ialah:



1.       Selaras dengan hasrat agama Islam, PEKEDAS berperanan dalam membentuk anak-anak saudara Muslim secara dinamik dan berilmu.

2.       PEKEDAS akan melatih dan memberi pendedahan  kepada anak-anak Saudara Muslim dalam sudut ilmu metod dakwah kepada keluarga sendiri mahupun masyarakat. 

3.        Menjadikan PEKEDAS sebagai one stop center di seluruh negara.

4.       Menjadikan PEKEDAS sebagai pusat rujuk dan penghubung kepada Majlis Agama dan NGO dalam menyalurkan maklumat anak-anak saudara Muslim.